About Me




TAJ International College ditubuhkan pada tahun 1996. Dikenali sebagai Kolej TAJ pada peringkat awalnya, ia hanya dikenali sebagai salah sebuah kolej kecil di pekan kecil Ipoh. Kolej ini di asaskan oleh seorang pemimpin anak tempatan yang menyedari akan kepentingan peranan pendidikan dalam pembangunan komuniti setempat. Pada tahun 2005 sampai giliran anak perempuannya pula untuk menyerlahkan diri apabila beliau diminta untuk mengambil alih pengurusan kolej ini.
Pada detik saat sampainya cabaran besar Tina bt Tajuddin, beliau hanya merupakan seorang suri rumah tangga muda yang sedang menyusu anaknya yang baru berumur 4 bulan. Pada masa itu juga Tina tinggal di Kuala Lumpur sedangkan lokasi kolej ayahnya pula di Ipoh, beberapa ratus kilometre jauhnya. Malah disebabkan keadaan ekonomi keluarga muda Tina yang sederhana pada masa itu, beliau tidak mampu untuk memiliki kereta. Untuk menyahut cabaran ini, Tina terpaksa menaiki bas jarak jauh setiap 4 pagi supaya tidak lewat sampai ke tempat kerja, dan hanya kembali ke pangkuan keluarga lewat setiap malam.
Tina cemerlang mengatasi segala cabaran peribadi dan juga professional dan muncul sebagai salah seorang usahawan berjaya SME Bank. Kepintaran dan ketekunan Tina dalam mengusahakan cabarannya berjaya mengubah haluan kolejnya. Beliau memindah lokasi kolejnya dari bangunan kedai yang terhad ke sebuah kampus luas yang membolehkannya untuk menambah dan menaiktaraf kemudahan kolej. Di samping kursus pra-universiti, Tina mula menperkenalkan pelbagai kursus persijilan, diploma, ijazah dan ijazah sarjana.
TAJ International College menawarkan program kejuruteraan otomotif, pengurusan kecantikan, pendidikan pra-sekolah dan juga kursus dalam jurusan perniagaan, pengurusan dan keusahawanan. Ia juga melancarkan usaha sama dengan UNITAR untuk menawarkan program ijazah dan ijazah sarjana di dalam bidang keusahawanan. Paling terbaru Tina memulakan usaha sama dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) untuk menawarkan program dalam bidang pendidikan penjagaan kesihatan.
Kemudahan SME Bank yang direka khas untuk membantu usahawan menarik perhatian Tina. Di mana bank komersil langsung tiada minat untuk melayan usahawan seperti Tina, SME Bank memainkan peranan utama membantu Tina untuk mempertingkatkan operasinya. Pada tahun 2009 beliau menerima pembiayaan berjumlah RM4 juta untuk mengubah suai bangunan di kampusnya. Pada tahun 2012, Tina menerima pembiayaan melebihi RM4 juta untuk tujuan mengembangkan operasi dan perniagaan.
Sasaran besar Tina yang seterusnya adalah untuk kolejnya mencapai status kolej universiti menjelang tahun 2016. Kami yakin sifatnya yang dinamik, cita-citanya yang tinggi dan kecerdikan yang dimilikinya akan mendorongnya untuk mencapai segala matlamatnya!
- See more at: http://www.yoursuccessourstory.com/story03.html#page=page-2













1 comment:

  1. Salam pn Tina...tahniah dan memang pencapaian puan membakar semangat. Sy ingin menghubungi puan bg pihak SMK Bukit Nanas atas tujuan untuk mengangkat universiti kolej puan sebagai universiti angkat CBN. Sy mohon dapat menemui pihak puan untuk perbincangan selanjutnya. Terima kasih.

    Salam Hormat
    Norzam Baharu Zaman
    biro pendidikan
    ajk PIBG2019
    tel. 176845789

    ReplyDelete